Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Wednesday, 25 September 2013

JADUAL PAM SUSU BAGI IBU BEKERJA

Bagi ibu yang bekerja namun masih meneruskan penyusuan bayi secara eksklusif, pembahagian masa sangat penting. Mana tidaknya, kita terikat dengan jadual bekerja yang kadang-kadang di luar kawalan kita, namun pada masa yang sama kita mencari masa yang sesuai untuk pam.

banyak kes yang mana susu ibu mula merudum selepas si ibu kembali bekerja. Yelah, nak buat macam mana kalau dah sibuk sangat. Nak pam ni bukan boleh main selak dan susu pun keluar macam air paip. Percaya atau tak, ada kawan saya yang pikir macam tu. Dia ingat bila pam, susu akan keluar sepertimana air paip. Ohhh My..i wish.. tapi hakikatnya memerah susu memerlukan masa antara 10  hingga ke 30 minit.

So pada ibu yang sangat sibuk atau tak dapat kawal waktu sendiri. Macam saya yang bekerja dalam court ni  yang susah ialah mengawal masa bila nak cari kesempatan mengepam. Ialah masa free saya bergantung dengan kes.Kadang-kadang sangat banyak masa terluang kerana xde kes yang jalan. Kadang-kadang waktu lunch pun terlajak kerana kes masih berjalan.

Apa yang saya buat???

* Saya invest untuk membeli pam yang pada saya sangat membantu. Saya guna sambil buat kerja. Cuma tak lah saya masuk court pakai ni..Huhuhu, haru biru nanti.Kang Hakim pun carik bunyi apa tu..hahaha..

Medela Freestyle
madela freestyle



* back to basic - saya praktik kan konsep demand vs supply. 
Kalau saya terlajak tak sempat nak pam, saya akan kerapkan pada sebelah malam. Bagi yang bekerja di meja tulis sahaja please bersyukur dan jaga jadual pam anda. Otak akan stimulate susu mengikut jadual yang telah kita bina. saya juga cuba sedaya saya untuk pastikan saya curi masa untuk ikut jadual jika boleh. lagi kerap kita pam, lagi banyak susu akan terhasil. Cari masa jika boleh buat power pumping..


* Tenangkan hati dan emosi
Bila hati tenang, barulah susu akan mengalir lancar. Apa yang saya buat, especially waktu petang yang mana hati saya lebih tenang untuk mengepam dan tak terburu-buru ialah saya baca blog yang memberi inspirasi atau saya mengepam sambil menatap gambar anak-anak saya.

* Saya pastikan badan saya sihat.
Saya memang mkn supliment. Saya memerlukannya untuk mantain tenaga harian saya. Selain itu saya mengubah diri demi anak-anak saya. Untuk pengetahuan anda saya tidak makan sayur sejak kecil. Namun sejak saya mengandung anak pertama, saya paksa diri saya  untuk makan banyak sayur dan buah.

* Pam ikut rutin penyusuan anak anda di rumah.
Pam sepertimana waktu anak menyusu di rumah. Jika kebiasaan anak bangun pagi pada pukul 7.00 pagi untuk menyusu. Mulakan mengepam pada waktu itu. Sebabnya macam yg saya dah sy ckp tadi, otak kita akan stimulate susu ikut jadual

**** jika mahukan contoh jadual yang saya gunapakai, sila jangan segan untuk email saya di sitikhadijahrohana@gmail.com.








Sunday, 8 September 2013

Cara Kumpul Stok Semasa Dalam Pantang

Biasa orang kata dalam pantang lah paling banyak susu kan? Betul tak? Pengalaman sendiri, masa first week tu tak lah banyak sangat. Minggu kedua tu dah banyak sampai baby pun tak larat nak minum. Kadang just dengar suara baby je pun, susu dah mula memancut. Ohhh so messy!! Masa tu breast pad adalah kawan baik. Haha. Kalau tak, lencun baju dengan susu.


Jadi belajar cara kumpul stok masa pantang adalah sangat- sangat digalakkan. Bukan takat digalakkan, malah DIWAJIBKANlah kalau betul –betul nak BF baby sampai umur 2 tahun.
Ok jom cekidout, 
  1. Semasa susu kan baby, pam jugak kat breast sebelah tu.Contohnya baby menyusu belah kanan, pam belah kiri. Teknik ni turut dikenali sebagai tandem nursing.
  2. Lepas baby menyusu, pam breast supaya betul- betul kosong.
  3. Jangan sesekali introduce formula milk. Ini akan menggangu rutin baby. Kang baby rasa, eh cukup dah formula., so dia tak kan demand dari breast lagi. Bila jadi camni, kesian kat breast sebab dah mula confuse, eh aku ni kene hasilkan susu ke tidak?
    Kalau dah ter introduce jugak, takpa. Boleh amalkan power pumping untuk restart rutin baby untuk demand dari breast. Kene pam setiap 2 jam lah
  4. Pastikan minum air sekurang- kurang nya 3 liter sehari. Minum air yang banyak semasa pantang adalah sangat penting, untuk mengelakkan sembelit, untuk menghasilkan susu yang banyak, untuk memastikan aliran darah lancar so that ibu rasa bertenaga. Dan minum air yang banyak tak akan menyebabkan bentan ya. Bentan tu kalau minum air sejuk atau air ais, ye lah. Minum lah air masak suam ke, air susu ke.
  5. Pastikan makan makanan yang cukup nutrisi. Kalau yang terpaksa pantang macam- macam tu, makan ikan ok apa. Ikan haruan kan biasa bidan- bidan kasi makan. Sebenarnya pemakanan dalam pantang ni tak perlu pantang. Dia bergantung kepada tubuh individu. Kalau macam risau eh cukup tak badan aku ni dengan nutrisi seimbang? Maka mari lah kita ambil supplement Shaklee.
Oh, kalau ada yang tak tahu, Set Breastfeeding Shaklee ni memang sesuai sangat untuk di ambil semasa dalam pantang lagi. Kalau anda mengamalkan apa- apa jamu pantang macam Salindah ke, Mustika Ratu ke, tapi nak makan jugak Set Breastfeeding Shaklee, pun boleh :) Saya akan terangkan cara pengambilan vitamin yang betul, dan saya akan provide FREE consultation selepas pembelian.
Anda berminat nak dapatkan Set Breastfeeding Shaklee? Hubungi saya sekarang :)
Your Shaklee Independent Distributor
Siti Khadijah
♥ SMS | WhatssApp : 018-2836867
♥ Shaklee ID : 846821
♥ Email : sitikhadijahrohana@gmail.com

Monday, 2 September 2013

8 CARA PASTIKAN BAYI ANDA NYAMAN SEMASA TIDUR


1. Buang peralatan tempat tidur yang tidak perlu. Bayi yang memakai lampin, baju lengan panjang dan seluar panjang hanya akan memerlukan lembaran kapas nipis sebagai penutup jika suhu di dalam bilik adalah 24darjah C.

2. Jika dia masih panas, dan tidak ada penghawa dingin di dalam bilik, dia dapat tidur hanya dalam lampin dan baju lengan pendek.

3. Buang mana-mana padding sekitar katil untuk membolehkan udara beredar.

4. Buka tingkap di beberapa bilik untuk mewujudkan melalui angin.

5. Gantung tuala basah atas kerusi atau tingkap apabila ia benar-benar menyesakkan. Air yang mengewap akan membantu udara sejuk.

6. Pastikan langsir ditutup di tengah-tengah hari untuk menghalang matahari dari memanaskan bilik.

7. Perhatikan dia jika dia tertidur dalam kereta sorong. Kereta sorong boleh menjadi panas dan rimas, dan anda mungkin perlu untuk membeli, kipas bateri mudah alih yang kecil untuk klip ke kereta sorong jika anda kerap keluar dan kira-kira pada masa-masa tidur bayi anda.

8. Jangan sekali-kali meninggalkan bayi anda tidur di tempat duduk kereta di dalam kereta. Walaupun dengan tingkap terbuka, suhu di dalam kereta yang diletakkan boleh meningkat dengan cepat.

sumber : http://www.babycenter.com.my/a1004500/8-ways-to-keep-your-sleeping-baby-cool-in-hot-weather?scid=my_en_bulletin_all_baby

BUAT MASK GUNA ESP

Ni antara yg memang saya amalkan.... kalau dulu saya pakai yogurt plain je.. tapi lately saya add on ESP.. result mm superb... Dan memandangkan dah ada info di Page anak buah saya ni...maka saya kongsikan di blog ni yer.. Thanks Ummul Jannati for sharing..jom baca dan amalkan
klik gambar utk imej yg lebih jelas dan terang
I'm sure many of you had heard about yogurt mask especially in Spa(s). But do you know what benefits does yogurt bring to your skin? 
1. help provide moisture to your skin and makes your skin smoother.
2. provides relieve to burnt skins

3. relieves itchiness of the scalp.
and when combined with ESP, which is made from high protein content (as you know, protein is a crucial nutrient in repairing and building cells & tissues in our body. :), it will also..helps restore vitality to your skin..moisturize your skin more effectively...and. helps even out your skin tone.
sumber : Page Nourishment4Life

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Siti Khadijah
♥ SMS | WhatssApp : 018-2836867
♥ Shaklee ID : 846821
♥ FB Page : http://www.facebook.com/superhealthybeauty
♥ Email : sitikhadijahrohana@gmail.com

RAWAT SELESEMA BAYI

Assalamualaikum..

Sebagai ibu/bapa, bila anak2 sakit, jiwa raga kita pun turut sakit. Betul tak? Mahunya tak, anak asik menangis je sebab tak dapat tidur lena. Kita penat jaga dia lagi, hati pun gundah saja tengok kan ank yg sakit..

So, hari ni nak share apa yang CT buat bila anak2 selesema..(ini berdasarkan pengalaman sendiri saja)

1- Make sure anak mandi air panas. 


2. Sapu vicks untuk baby. Ia memang banyak membantu beri keselesaan untuk ank. Ada 2 balm yang me myself rasa mmg terBaik laa i.e 21 century children's vapor balm & vicks balm. kalau ni xde, minyak telon atau minya yu yee pun boleh. **make sure those balm are suit for baby..

3. Spray hidung anak guna nasal spray. Biasanya kalau CT cuti, CT akan buat 2 kali sehari.Tapi bila kerja, Ct akan buat malam je. Untuk baby muncongnya lebih kecil sesuai dengan hidung baby. So make sure, jgn beli yang untuk orang dewasa plak ye!!
4. Sedut hingus anak. Even kita uang dah dewasa ni bila dah hembus kuarkan hingus, rasa lega kan. macam tu gak ngan baby. Cuma dorang xreti nak hembus hingus. Dulu2 masa zaman mia, CT wat cara traditional aje. Sedut pakai mulut. Hihihihi.. Ada orang tak sanggup. tapi bagi CT, CT tak tahan nak tengok ank xlena tidur n i did it again n again. Make sure gosok gigi sebelum cuba sedut. sedut sebelah demi sebelah..
Tapi, skarang dah guna nasal aspirator aje..hihihi..senang sangat..


Petua wan katanya nak anak sembuh cepat ambik kunyit hidup ,tumbuk, airnye disapu pada hidung dan ubun2 bayi.Kadang-kadang petua orang tua ini ada betulnye.Apa-apapun kite kene yakin dengan Allah S.W.T dan sebagai ibu bapa kite kene ikhtiar banyak cara untuk sembuhkan bayi yang kecil.

-Jangan mandi malam-malam
-Jangan mandi air sejuk
-Jangan directkan anak dengan kipas or aircond
-Pakai Stokin
-Swaddle (Bedung)
-Elevate kan sedikit pillow nye

And Yes.Memang kalau anak sakit.Mesti ramai orang2 suruh makan itu makan ini dekat your baby.Nasihat saya.Dont you ever put anything on ur baby's mouth.You should eat that and anak2 akan dapat melalui penyaduran Breastfeed.Bukankah bayi bawah 6 bulan only can eat and drink BREASTMILK!Di samping itu,DOA seorang ibu,DOA yang terbaik untuk menyembuhkan anak.Keep on praying nonetheless.

Sunday, 1 September 2013

CARA PILIH SOYA PROTEIN



Assalamualaikum…
Bagaimana nak memilih soy protein yang bagus? kat pasaran sekarang melambak dah mcm2 jenis protein. saya nak berkongsi di sini 7 kriteria penting.. 7 control checklist yg perlu ada dlm soy protein yang baik dan berkualiti… yelahkan..nak beli ape2 pun kene ada kriteria.. nak beli ikan segar pun ada kriteria..tgk mata..tgk insang..tgk kulit… nak pilih calon suami isteri pun ada kriteria.. rupa paras,perangai,famili,harta..harta?hihi… pendek kata dlm hidup ni ..apa je yg kita nak beli mesti ada standard dan requirement… kita yang empunya badan..kita yg tentukan…okay..thats it…mari saya cerita kenapa 7 kriteria ni perlu ada…artikel tu dlm omputih..ni yg saya tulis berdasarkan pemahaman saya…




  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secaragenetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  •  Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan-Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium

  • Yer..itu dia SEVEN ESSENTIAL…..bagaimana dengan ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee? semestinye QC Passed..Jadi kalau ada yang tanya kepada saya SoyProtein brand xxx bagus ke idak…saya takboleh nak komen..sbb tak pernah try brand lain…apa yang saya boleh buat… saya berikan anda panduan untuk memilih… rujuk kepada checklist di atas…Jika ianya memenuhi kriteria ni..teruskan dgn pilihan anda…. Saya dah pun pilih yang terbaik.bahkan harganya pun affordable..jadi tang harga dan kualiti..insyaAllah…its the best for me
    dan kalau org tanya..kenapa pilih ESP Shaklee..takdela nak jwb.ooo sebab dia glemer..oooo sebab kwn saya sume mkn.oooo sebab best. jawapan tu salah ye… hehe..sekarang dah tahu jawapannya kan… i like… mcm exam plak..lega bila dah tahu jawapan……

    sumber : Cery & Shaklee
    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

    Berminat?

    Hubungi saya di sitikhadijahrohana@gmail.com atau SMS ke 018-2836867 untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

    Tuesday, 16 July 2013

    CARA PENGAMBILAN VITAMIN









    1. Energizing Soy Protein (ESP)
    Elok diambil waktu pagi semasa perut kosong, ini kerana pada waktu pagi kadar metabolisme kita tinggi berbanding waktu lain. Maka, semua asid amino dapat diserap dengan baik.

    2. Alfalfa Complex
    Jangan diambil bersama Vitamin E atau GLA. Kerana ianya akan mengganggu penyerapan vitamin E jika diambil bersama. Alfalfa adalah serat manakala Vitamin E adalah vitamin yang berfungsi baik jika ada lemak. Serat sangat suka menyerap lemak yer...perlu inagt tu ;-)

    3. Ostematrix sebagai Sumber Kalsium
    Elok diambil sebelum tidur. Tidak boleh diambil bersama iron (sumber iron adalah Vita-Lea Multivitamin)

    4. Vita-C Sustained Release
    Jika anda selsema dan demam, bolehlah dipatahkan dua vita-C sebelum ditelan. Ianya juga boleh dilarutkan dengan sedikit air untuk dijadikan masker muka.

    5.Vita-Lea Multivitamin
    Jangan diambil bersama minuman bersusu dan sumber kalsium lain seperti Ostematrix kerana boleh mengganggu efisiensi penyerapan zat besi (iron). Baik jika diambil bersama vitamin C kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap. Di dalam Vita-Lea ada mengandungi 60mg Vitamin C.

    6. Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K)
    Diambil selepas mengambil makanan berlemak/ berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

    7. Jangan mengambil vitamin dengan minuman berkafein.
    Ianya boleh mengurangkan efisiensi penyerapan vitamin. Jikalau nak amik minuman berkafein gak...amik la 1/2 jam sebelum atau selepas makan vitamin yer ;-)


    Credit



    yang ikhlas,

    healthybeauty;-)

    ____________________

    SITI KHADIJAH BINTI ROHANA
    Member ID : 846821
    SMS/WhatsApp : 018-2836867
    Email : sitikhadijahrohana@gmail.com

    COD DAN SELF-PICKUP DI AMCORP MALL PETALING JAYA/ KOMPLEKS MAHKAMAH PETALING JAYA

    Wednesday, 26 June 2013

    4 TIPS CARA MAKAN UNTUK KEKAL LANGSING

    Semakin hampir nak raya, semakin ramai yang target nak slimkan badan.

    Antara tips hari ini :


    Makan dengan kerap.Anda boleh pastikan anda langsing jika makan dengan kerap. Tetapi perlu diingat, jaga kuantiti makanan setiap kali anda makan. Makan dengan sedikit atau sederhana, tetapi biarlah kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak

    Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan. Para pengkaji dari Purdue University mendapati bahawa mereka yang memakan makanan berprotein tinggi lebih merasa puas dengan dengan makanan yang di makan dan kurang berasa lapar. Tambahan pula, mereka yang memakan 30 peratus kalori daripada makanan bersumber protein berpeluang mengekalkan kelangsingan badan. Tingkatkan pengambilan protein seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya. Jadi pilihan anda utk mencuba ESP or Cinch Shaklee.. mmg tepat..tu makanan tambahan protin yg bestt..


    Rendah kalori, rendah lemak. Amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak. Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.
    Waktu terbaik untuk minum air.Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan...Waktu yg dicadangkan adalah awal pagi selepas bgn tidur, 30min sebelum waktu makan, sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan.

    Tuesday, 25 June 2013

    TIP'S TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU

    Sebenarnya banyak tips yang boleh diamalkan untuk tingkatkan penghasilan susu. Antara RAJIN atau MALAS saja.

    Untuk hari ini saya nak kongsi berkenaan POWER pumping.



    APA ITU POWER PUMPING???
    Teknik power pumping adalah teknik satu teknik yang sangat membantu dalam meningkatkan penghasilan susu.Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yang sama dengan pengepaman biasa namun menggunakan kaedah yang sedikit unik. ia bertujuan untuk memberi signal terhadap otak untuk menghasilkan susu yang lebih banyak dalam selang masa yang singkat.

    SIAPA YANG PERLUKAN??

    • mommy yang kekurangan susu dan sedang usaha nak banyakkan semula susu - akibat dari perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya
    • mommy yang nak menyusukan semula anak setelah berhenti menyusukan (relaktasi)
    • mommy yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini bertujuan merangsang penghasilan susu (namun harus diingat, untuk ibu yang belum pernah melahirkan, sila berjumpa Doktor untuk nasihat lanjut)
    CARA POWER PUMPING

    Single pump - pam kanan 10minit, kemudian kiri 10minit, kanan semula 10 minit dan diteruskan secara bergilir-gilir selama 1 jam.

    Double pum - pam kedua-dua belah serentak, rehat, makan-makan, kudap-kudap selama 10 minit, pam semula kedua-dua belah selama 10 minit, rehat semula 10 minit dan seterusnya sehingga cukup 1 jam

    Disarankan buat sekali sehari selama seminggu. amat digalakkan buat pada waktu malam ke subuh sebab hormon susu sangat tinggi (bagi yang beragama islam time nilah kita bangun sembahyang tahajjud, lepas sembahyang tu buat sekejap)

    BILA DAPAT NAMPAK HASIL???

    Jangan berangan tinggi-tinggi buat sekali, terus nak dapat hasil. Teknik ini mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk nampak perubahan terhadap penghasilan susu. Teruskan usaha walaupun susu yang keluar hanya setitik atau hanya pam angin semata-mata.. Jangan putus asa, berdoa dan tawakkal, insyaAllah dipermudahkan olehnya.. Amiiinn.

    Kepada ibu berkerjaya yang selalu terskip jadual mengepam, amalkan power pumping di malam hari. InsyaAllah susu tak akan merudum, malah makin bertambah jika amalkan secara berterusan.

    Hubungi saya untuk konsultasi percuma;

    Siti Khadijah
    018-2836867 (sms, whatsapp, wechat)


    Thursday, 13 June 2013

    CARA KENDALIKAN SUSU PERAHAN

    1) Menyimpan Susu Ibu:
    • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
    • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku termasuklah bekas dadih.
    • Bag sejuk beku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
    • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
    2) Membersihkan Bekas Penyimpanan:

    • Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
    • Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
    • Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.
    3) Panduan Menyimpan Susu Ibu:

    • Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
    • {mosimage}Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
    • Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
    • Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
    • Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.
    *Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan susu.

    4) Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
    • Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
    • Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
    • Peti sejuk 1 pintu:
               -bahagian fridge 4°C: 7 hari
               -bahagian freezer -15°C: 2 minggu
    • Peti sejuk 2 pintu
               -bahagian fridge, 4°C: 5 hari
               -bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
    • Deep freezer -20°C: 6 bulan
    Penting!
    • Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
    • Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
    • Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.
    5) Menyahbeku Susu Ibu:
    • {mosimage}Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
    • Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
    • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
    • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
    • Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
    • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
    • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.
    6) Panduan Memberi Susu Ibu:


    • Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
    • Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
    • Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
    • Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
    • Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.

    Sunday, 2 June 2013

    KEPENTINGAN SUPLIMENT

    Ramai yang kata "saya tak perlukan supliment, saya masih sihat dan kuat". 

    Adalah perlu diingat supliment bukan ubat. Penulis bukan doktor mahupun pakar perubatan dan penulis ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

    Jadi kenapa perlu makan vitamin???

    Supliment perlu diamalkan untuk tujuan pencegahan kepada penyakit (bukan rawatan)

    7 sebab utama pentingnya vitamin dalam kehidupan hari ini..

    1. Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar
    -          Asap dari kenderaan, kilang mahupun asap rokok.
    -          Air yang diperoleh juga sudah tidak terjamin kebersihannya
     
    ·       2.   Mengamalkan gaya hidup tidak sihat
    -          Tidak bersenam
    -          Merokok
    -          Makan makanan yang tidak berkhasiat
     
    ·      3.    Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrient
    -          Menghidap penyakit-penyakit tertentu seperti tekanan darah tinggi/rendah, kencing manis, gout dan lain-lain
    -          Termasuk ibu HAMIL dan MENYUSU
     
    ·         4. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan
    -           contohnya kerana mengambil minuman berkafein, makan jeruk atau makan rempah berlebihan.
     
    ·     5.     Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar
    -          Proses penghantaran, penyimpanan yang lama dan memerlukan kepada bahan kimia bagi memanjangkan jangka hayat buah dan sayur berkenaan
     
    ·       6.   Kehilangan nutrien dalam makanan
    -           Memasak terlalu lama
    -          Penggunaan microwave

    ·        7.  Kebanyakan rakyat Malaysia makan mengikut selera
     
     
    Secara peribadi, saya merasakan rawatan setelah sakit menggunakan dadah sebagai ubat amatlah saya cuba seboleh mungkin untuk elakkan.
     
     
    DOA DIKURNIKAN KESIHATAN TUBUH BADAN
     

    ~Bismillaahir rahmaanir rahiim~

    "Ya Allah,kurniakanlah kesihatan pada badan hamba,
    Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba,
    Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata hamba,
    Ya Allah hamba berlindung kepada-Mu
    daripada kekufuran dan kepapaan,
    Ya Allah hamba berlindung kepada-Mu
    daripada kesengsaraan azab kubur,
    tiada Tuhan melainkan Engkau"

    [Bacalah pada waktu pagi dan petang]


     
     

    WAKTU TERBAIK MINUM AIR

    Bila waktu terbaik untuk kita minum air??Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang minum ya. Untuk mendapat kebaikan penuh daripada minuman, pastikan anda minum di waktu-waktu berikut :

    · Pagi selepas bangun dari tidur.
    Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein
    ·  
    30 minit sebelum waktu makan.
    Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.
    ·
    Sepanjang hari.
    Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan
    __________________________________________________



    TIPS PENGENDALIAN SUSU IBU

    Dibawah ni saya kongsi secebis info sebagai nota untuk ibu2 menyusu…~ Panduan untuk menyimpan EBM.. berapa lama ia bertahan untuk suhu yg tertentu dan apa yg ibu harus lakukan kat baki EBM yang dah digunakan..jom rujuk jadual ni
    Reminder: Use clean containers, and wash your hands with soap and water before expressing. or pumping.
    Panduan untuk menyimpan EBM..
    Tempat simpanan
    Suhu tempat penyimpanan susu
    (Fahrenheit)
    Suhu tempat penyimpanan susu
    (degrees Celcius)
    Berapa lama EBM boleh bertahan
    Suhu bilik
    60 degrees F
    15 degrees C
    24 jam
    Suhu bilik
    66-72 degrees F
    19-22 degrees C
    10 jam
    Suhu bilik
    79 degrees F
    25 degrees C
    4-6 jam
    Dalam peti sejuk
    32-39 degrees F
    0-4 degrees C
    8 hari
    Dalam freezer *yg peti sejuk jenis satu pintu)


    2 minggu
    Dalam tempat beku (compartment asing..ie peti sejuk dua tiga pintu tu)


    3-4 bulan
    In a separate deep freeze with a constant temperature(ini yang deep freezer)
    0 degrees F
    -19 degrees C
    6 bulan ke atas
    Bagaimana dengan EBM yang dah dibuka atau dipanaskan?selebihnya nak disimpan atau dibuang?.. rujuk jadual ni yer
    Type of Milk
    Simpan atau buang?
    Why
    Baki susu (EBM) didalam botol yang dah diminum
    Guna untuk next feeding (tapi dalam tempoh masa yang x terlalu lama), otherwise discard(buang)
    Bacteria from the baby's mouth may have entered the milk during the feeding. This may lead to bacterial contamination if it sets too long
    Susu yang dah dipanaskan
    Save in the refrigerator for 24 hours after thawing, then discard. Jangan dibekukan semula
    Milk that has been frozen has lost some of the immune properties that inhibit bacterial growth in fresh refrigerated milk.
    Susu didalam peti sejuk yang dah berada selama 8hari
    Transfer to storage in the freezer, or buang saja
    Mungkin masalah pertumbuhan bakteria bukan isunya.. tapi susu tu dah angkut bau2 dan perasa2 luaran dlm petisejuk tu jadi efek kat rasa susu tu.