Assalamualaikum..
Saya menerima beberapa komen yang mengatakan vitamin menyebabkan selera makan bertambah dan menyebabkan berat badan bertambah. Rupanya ramai juga yang risau sekiranya berat badan bertambah dengan pengambilan vitamin. Oleh itu, saya pun mencari sedikit maklumat tentang isu ini.
Terdapat 2 jenis vitamin iaitu yang larut lemak dan larut air. Vitamin larut lemak akan tersimpan di dalam badan lemak tisu dan digunakan apabila diperlukan. Antara vitamin jenis ini adalah vitamin A, D, E dan K. Manakala, vitamin larut air pula tidak disimpan di dalam badan tetapi diangkut ke seluruh badan melalui darah. Apabila ia tidak diperlukan, ia akan dikeluarkan melalui air kencing. Vitamin jenis ini juga perlu diganti sentiasa. Antara vitamin jenis ini adalah vitamin C dan vitamin B (sebab tu dicadangkan ambil vitamin C dan B setiap hari.)
Badan kita adalah mesin terbaik yang telah Allah ciptakan. Walau bagaimanapun, badan kita tidak dapat mencipta vitamin untuk kegunaannya. Sebab itu, Allah suruh kita makan. Al-Quran adalah manual kita yang paling padat dan lengkap. Jadi, perkara yang tidak penting tiada di dalamnya. Salah satu benda yang terkandung dalam Al-Quran adalah tentang makan. Jadi, makanan sebenarnya penting untuk manusia kerana dalam makanan mengandungi pelbagai vitamin dan nutrien.
Cuma mungkin makanan yang diambil sekarang ni (terutama makanan segera dan frozen food) menyebabkan vitamin dalam makanan hilang. Sebab itulah saya sendiri merasakan perlunya makan makanan tambahan(supplement) ini.
Walau bagaimanapun, ada yang menjumpai bahawa multivitamin boleh menaikkan berat badan tetapi hanya untuk mereka yang kurang berat badan (underweight). Untuk mereka yang berlebihan berat badan(overweight) atau mempunyai berat badan ideal, multivitamin tidak membantu menambahkan lagi berat badan. Sekiranya berlaku bertambahan berat badan selepas anda mengambil vitamin, kemungkinan badan anda perlukan tambahan vitamin. Pastikan juga anda mengambil vitamin yang asli bukan tiruan.
Alhamdulillah, vitamin Shaklee sangat cepat larut air. Anda boleh cuba sendiri dengan meletakkan sebiji vitamin shaklee dalam air. Selepas ambil vitamin B anda akan dapati air kencing anda berwarna kuning pekat yang agak cantik. Itu menunjukkan vitamin B shaklee mudah larut air.
Bagaimana pula dengan protein powder seperti ESP?Kajian menunjukkan protein membina muscle dan bukannya lemak. Walaupun protein mengandungi kolesterol tetapi ia tidak mudah disimpan di dalam badan berbanding lemak.Apabila protein diambil secara berlebihan, ia akan dikeluarkan melalui air kencing.
Sekiranya anda ambil ESP dan menyusukan bayi, anda akan dapati tubuh bayi anda kental dan pejal. tembam tetapi bukan berlemak.
Apa yang menyebabkan berat badan manusia bertambah adalah pengambilan kalori.Sekiranya kalori diambil secara berlebihan ianya akan tersimpan di dalam badan dan bertukar menjadi lemak.
Jadi, selepas ini anda tidak perlu risau lagi untuk mengambil sebarang vitamin ya. Lebih-lebih lagi vitamin Shaklee yang terbukti dari sumber asli dan tiada pewarna mahupun perasa tambahan.
sumber : kidshealth.org, neoweight.com, healthforum, ezine articles
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent DistributorSiti Khadijah
♥ SMS | WhatssApp : 018-2836867
♥ Shaklee ID : 846821
♥ Email : sitikhadijahrohana@gmail.com
No comments:
Post a Comment