Wednesday, 8 January 2014

Persediaan Hantar Anak ke Tadika

Hari pertama anak anda di tadika mungkin hari yang menakutkan bagi anda dan anak anda. Untuk mengelakkan hari pertama menjadi suatu mimpi ngeri, beberapa tips akan diberikan dalam persiapan yang perlu para ibu bapa tekankan sebagai persediaan sebelum mendaftar di tadika.

#1 Kukuhkan keyakinan anak anda dalam bersosial
Teknik untuk bergaul perlu dipelajari secara berperingkat-peringkat. Sesetengah kanak-kanak mudah bergaul bersama rakan yang baru dikenali dan ada yang mengambil masa yang lama untuk mesra kerana perasaan takut. Sebagai ibu bapa persediaan yang boleh dilakukan ialah memperkenalkan mereka dengan berkongsi idea dengan anak-anak dalam pelbagai aspek mudah seperti contoh dalam pemakanan, permainan dan cerita di televisyen.
Kanak-kanak biasanya akan bermain bersendirian berbanding bermain bersama sehingga umur mereka mencecah tiga tahun. Pada waktu ini, ibu bapa tidak perlu menunggu anak mereka bermain tetapi memerhatikan mereka dari jarak jauh dan hanya perlu campur tangan apabila mereka mula bertengkar mengenai alatan permainan.
Ibu bapa digalakkan untuk membiarkan anak mereka bersosial dengan kanak-kanak lain yang sama umur dengan anak mereka agar mereka terdedah dengan pergaulan dengan rakan-rakan di usia muda. Perkara ini boleh berlaku di tempat-tempat penjagaan kanak-kanak. Akan tetapi ibu bapa tetap perlu memerhatikan anak mereka ketika bermain bersama.
hobart 1 Persediaan Anak anak Sebelum ke Tadika
#2 Berjauhan dengan anak anda
Adalah mudah untuk anda meninggalkan anak anda di tadika jika mereka sudah biasa ditinggalkan bersama penjaga mereka seperti datuk dan nenek dan ahli keluarga semasa mereka membesar. Perkara ini pada mulanya memang susah kerana mereka mahu sepanjang masa bersama dengan ibu bapa. Akan tetapi jika kena dengan caranya, perkara ini akan menjadi mudah.
Langkah pertama ialah dengan meninggalkan dalam jangka masa yang pendek. Sebagai contoh, pada permulaan ibu bapa boleh meninggalkan anak mereka dalam tempoh sejam untuk anda pergi membeli belah. Hal ini perlu dilakukan sacara berperingkat-peringkat sehingga anak anda gembira ditinggalkan sepanjang pagi atau petang. Kebanyakkan kanak-kanak tidak suka ditinggalkan bersama guru tadika. Akan tetapi, lama kelamaan mereka akan suka dan akan bercerita dengan anda tentang guru-guru mereka.
** Dalam kes Mia, memang dia dah biasa ke taska, jadi ia cuma lebih kepada penyesuaian di tempat baru
#3 Lawat tadika yang anda mahu daftarkan anak anda
Menurut Diane Rich, apabila anda memilih  tadika, adalah lebih baik untuk anda pergi  untuk kali pertama tanpa membawa anak anda. Lawatan seterusnya, anda boleh membawa anak anda untuk melihat bagaimana mereka memberikan reaksi terhadap tadika tersebut dan melihat bagaimana guru-guru melayan kerenah anak anda.
Anak anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tadika tersebut. Jadi, selepas lawatan di tadika, anda boleh menceritakan tentang aktiviti di tadika tersebut, bagaimana guru-guru dan kanak-kanak lain di sana dan keseronokan di tadika tersebut.
preschool classroom2 960x720 Persediaan Anak anak Sebelum ke Tadika
#4 Latih anak anda dalam aspek “potty training
Apabila mereka meningkat dewasa, mereka tidak akan memakai lampin pakai buang. Jadi anda perlu melatih anak anda apa yang perlu dilakukan di tadika apabila mereka mahu membuang air besar atau kecil. Sebagai contoh, ibu bapa boleh mengajar anak mereka bagaimana untuk meminta izin ke tandas.
Selain itu, guru-guru tadika boleh sentiasa mengingatkan kanak-kanak untuk pergi ke tandas apabila mereka perlu dan minta mereka jangan malu ke tandas sehingga menahan hajat mereka. Ibu bapa juga perlu melakukan persediaaan awal seperti meletakkan pakaian lebih andai kata mereka terbuang air didalam seluar mereka.
** Sebelum berumur 2 tahun lagi Mia dah mula pergi tandas dan sudah tidak pakai diapers lagi dah. Tips??? Next entry okeh..
#5 Jaga pemakanan anak anda
Jika anak anda ada masa rehat dan makanan disediakan, anda perlu tahu sama ada mereka menggunakan sudu garfu atau tangan. Anda boleh melatih anak anda menggunakan peralatan tersebut di rumah sebelum mereka ke tadika. Anda juga perlu tahu mengenai menu yang dihidang dan beritahu kepada pengurusan tadika tersebut jika anak anda ada sebarang alahan kepada makanan.
eating 960x640 Persediaan Anak anak Sebelum ke Tadika
#6 Hari pertama di tadika
  • kosongkan masa anda. Mungkin anak anda belum bersedia untuk ditinggalkan di tadika. Jadi anda perlu tunggu sebentar sehingga anak anda dapat menyesuaikan diri.
  • anda mungkin berasa cemas dan takut akan keadaan anak anda, tetapi anda perlu pendamkan perasaan tersebut sebaliknya perlu ceria dan yakin bahawa anak anda boleh.
  • terangkan kepada anak anda yang anda akan datang kembali untuk mengambil mereka. Jangan memberi alasan seperti anda hendak mengalihkan kereta untuk meninggalkan anak anda. Perkara ini akan lebih buruk jika anda lakukan.
  • jika anak anda menangis dan tidak membenarkan anda pergi, minta nasihat dari tadika tersebut dan mungkin mereka dapat memujuk anak anda atau mereka akan membenarkan anda untuk menemani anak anda.
** Pada hari pertama Mia ke tadika saya tak amik cuti pun. Saya cuma teman dia masuk ke kelas, since mia sendiri yang minta kertas untuk conteng2. Lepas tu saya tinggalkan dia dan cakap nanti petang mummy ambil ye..Selepas habis kelas, cikgu yang mengajar yang akan jaga full day, so petang saya call Cikgu Lina, tanya macamana anak saya, dia cakap Mia ok je. Tak kisah pun. Ada juga terdetik rasa bersalah tak dapat cuti dan teman semasa hari pertama dia di tadika sedangkan masa saya tinggalkan dia, tadika masih dipenuhi ibu bapa yang masih nak teman anak mereka (yela hari pertama kan..). Tapi saya lebih suka ajar dia berdikari walaupun umur dia belum pun 4 tahun.
 Pssstt : At the end saya ada juga rasa kecil hati sikit la sebab wah, Mia da tak perlukan mummy ke??Uwaa..But for her own sake, to teach her to be indipendent, i'll let her go with the flow..


Kesimpulannya, hari pertama anak anda di tadika boleh jadi ceria atau sebaliknya. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam memberi pendedahan pertama dan melatih anak supaya bersedia. Selamat menjalankan tugas kita demi anak-anak yang tersayang.

** Mia nampaknya lebih seronok di tadika baru berbanding di taska. Walaupun terdapat sedikit perubahan dalam jadual kami iaitu kalau sebelum ni terus hantar ke taska walau belum mandi dan kadang2 masih tidur. Sekarang pagi2 dah mandikan dan siapkan dia untuk ke tadika. Mia panggil tadika baru dia school solat..hihihi.Pagi2 bila hantar adik dia ke taska, dan tanya nak ikut adik pergi school cikgu Nor ke nak pergi school solat? Dia akan cakap nak pergi school solat. This is a good sign isn't it?
Sumber: babycenter

No comments:

Post a Comment